17 November 2010

Kehebatan 3 Pontianak~

Pada satu malam jumaat..3ekor pontianak lepak di atas sebatang pokok.. Agak kebosanan malam itu..lalu mereka berbual tentang kehebatan masing-masing..

Masing-masing tidak mahu kalah dengan kehebatan yang lain...Maka mereka saling cabar mencabar....

Lalu Pontianak 1 terbang dan dalam masa 30saat hinggap semula di pokok dgn mulut berlumuran darah.. "Korang nampak rumah tu???"tanyanya.."Nampak....."kata dua pontianak yang lain..."Haa...ni hasilnya..." katanya bangga sambil menghirup sisa-sisa darah di bibirnya..Lalu Pontianak 2 pulak terbang untuk menunjukkan kehebatannya dan kurang 20saat dia tiba dgn mulut dan kain yg berdarah.... "Haa..aku pun hebat...korang nampak kampung tu???Aku da bedal semuanya..hahaha!!" ujar Pontianak 2 dengan bangga...berbulu Pontianak 1 mendengarnya... dan tetiba Pontianak 3 terbang...tak sampai 5saat dia sudah kembali dgn muka penuh darah sehingga menitis2...."Korang nampak tembok tu???" tanya Pontianak 3...."Nampak2..."ujar Pontianak 1 dan 2....lalu Pontianak 3 berkata.. "Aku tak nampak laaa tadi..."

p/s: Jangan bangga diri...hehehe~

09 November 2010

Pendidikan Seni

Kelas Pendidikan seni bermula... Cikgu menyuruh murid-murid melukis tema permandangan.. Semua murid mula khusyuk melukis...15 minit kemudian,cikgu memeriksa lukisan2 mereka..setibanya di meja Mamu..

Cikgu: Mamu, awat kertas lukisan ni kosong je???
Mamu: Cikgu,kan saye lukis pemandangan lembu makan rumput? Apa cikgu tak nampak??
Cikgu: (membulatkan mata..membetulkan cermin mata) Yeke? Kenapa cikgu tak nampak rumput pun...
Mamu: Memanglah..sebab lembu-lembu tu da abis makan....
Cikgu: Abis tu...mana lembu-lembunya???
Mamu: Da kenyang la kot..sebab tu diorang blah,cikgu!
Cikgu: .......................(meninggalkan kelas)............................

**murid lebih bijak ke???hehehehe


**lukisan ni xde kaitan dgn cerite ni...saje ngade2 nk publish..
Selamat Ulang Tahun suamiku...(lambat lagi daa...30.11.2010)

08 November 2010

Betapa Pentingnya UPSR!

Arini bermula peperiksaan UPSR untuk seantero Malaysia. Di sebuah sekolah timbul kekecohan kecil dimana seorang pelajar darjah 6 yang LANGSUNG tak pernah datang sekolah sepanjang tahun tetiba hadir ke dewan peperiksaan berkeras mahu menduduki ujian tersebut. Lalu diberitahu kepada Guru Besar mengenai kehadiran pelajar tersebut dan beliau memanggilnya mengadap ke pejabat..

Guru Besar: Kenapa awak datang sekolah hari ni?
Pelajar: Sebab saya nak amek UPSR,cikgu...(dgn sopan santun tuu..)
Guru Besar: Awak tau tak UPSR ni amat penting untuk kamu?
Pelajar: Tau,cikgu..
Guru Besar: Kalau awak tau, kenapa sepanjang tahun ni awak xpernah datang sekolah?
Pelajar: (dengan kondifen die menjawab) Sebab belum UPSR,cikgu...
Guru Besar: ..........................

**budak2 xpandai menipu....hehehehe~

Pentingnya akuarium...:)

Pada suatu hari di suatu gerai makan, masuklah seorang berpakaian smart (panggil Mat Jai sudahhh..) minum di gerai tersebut. Tauke warung tersebut (Wak Dedet) yg boring tadak pelanggan lain mengajak Mat Jai berbual..

Wak Dedet: Apa Pekerjaan Bapak?
Lalu Mat Jai jawab: Ooooo saya adalah seorang Logic Thinker.
Wak Dedet pelik dan bertanya: Logic thinker? Kerja hapah tu?
Mat Jai menjawab: Susah nak terangkannya, bukan pekerjaan yg biasa, tapi saya akan beri Wak satu contoh ok?
Wak Dedet: OK!
Mat Jai: Ok mula-mula.. Apakah Wak punya akuarium?
Wak Dedet: O ya.. Saya ada akuarium yg besar di rumah.
Mat Jai: Ok kalau Wak ada akuarium, logiknya Wak ada ikan.
Wak Dedet: Yupsss.. Saya ada ikan macam-macam jenis.
Mat Jai: Kalau Wak ada ikan, pasti Wak sayang binatang.
Wak Dedet: O ya.. Betul sekali saya sangat sayang pada binatang.
Mat Jai: Kalau Wak sayang binatang, apalagi pada anak Wak! Wak pasti sangat menyayangi anak Wak.
Wak Dedet: Betul sekali (suka).. Saya mencintai anak saya lebih dari ikan.
Mat Jai: Sekarang.. Inilah logiknya, jika Wak ada anak, pasti Wak ada isteri.
Wak Dedet: Mestilah, saya memang ada isteri yg cantik jelita.
Mat Jai: Tentu saja saya tahu kerana itu semua hanya logik jer. OK sekarang pertanyaan terakhir, jika Wak ada isteri dan anak, bererti Wak sudah tentu tidak mati pucuk! Betul?
Wak Dedet: 100% betul saya tidak mati pucuk.
Mat Jai: Mmmm.. Begitulah lebih kurang logic thinker itu.
Wak Dedet: Ooo begitu ek? Wak faham sekarang.. Wak faham (sambil takjub tak tentu pasal)...

Setelah pelanggannya itu pergi, datanglah kawannya, King dan bertanya:

King: Aku tengok Wak borak bukan main rancak, creta hapah?
Wak Dedet: Ooo tadi aku berbual pasal kerjaya Logic Thinker.
King: Apa itu Logic Thinker?
Wak Dedet: Begini aku terangkan (muka konfiden gila baben!!). Mula-mula aku tanya dulu, ko ada akuarium tak?
King : Takde, naper?
Wak Dedet: (geleng kepala sambil berkata dgn keras dan pasti)

                   "...NGKO MATI PUCUK LA TUHHHH...!!!.."

moral of the story : mmmmm.. kena la taruk ekoriem paling kurang sebijik kat rumah...!!!

p/s: kredit to pakcik bobo norul~ (",)

Polis dan Orang Asli

**Ini mmg kisah benar2 berlaku..

Ade sorang polis trafik sedang lepak tepi jalan (kawasan kampung) menanti pesalah lalulintas utk disaman..tetibe die ternampak seorang Orang Asli sedang menunggang motorsikal tanpa helmet lalu di hadapannya.. Maybe sbb polis tu mood baik..die wat derk je.. Kemudian, OA tu balik semula,kali ni dengan seorang perempuan dibelakang serta seorang budak di raga...Mood polis tu masih baik lagi...dibiarkan OA itu berlalu...

Hari tetibe hujan..OA tu lalu lagi di hadapan polis..kali ni bertambah lagi 2org kanak2 duduk diatas ribanya dan di belakang perempuan tadi...Polis itu mula rase hangen..ditunggunya OA tu kembali...kalini seorang kanak2 lagi sedang berdiri ditengah2 OA dan perempuan itu..(total sumer 6org la) lalu polis tu menahan OA tersebut...

Polis: Berhenti~~~ (sambil memberi isyarat tangan menghalang)
OA: Alamak inchek.....xbolehla mcm ni!
Polis: Kenapa pulak xboleh???
OA: Tadi waktu xpenuh..inchek tak mahu tumpang...sekarang mana muat tempat utk inchek!
Polis:...............................

**agaknye OA tersebut xkenal kot polis....hehehe~

S,M,L size~ (teka teki)

sila2 klik link ni utk jawapan:http://goo.gl/nw2Bo

**terima kasih n kredit kepada pemilik http://paeh.net/ kerana bagi teka teki

07 November 2010

Negara Aku pun Hebat laaa~

Pada suatu ketika Perdana Menteri dari Jepun dan Presiden Amerika sedang berbual2 dgn Perdana Menteri Malaysia mengenai kehebatan negara masing2..

Amerika: Negara aku hebat..kalo xpercaya, cube gali tanah sedalam 1km.. (maka org ramai menggali lalu terjumpa bahan2 nuklear) Ini menunjukkan negara kami telah lama menyimpan bahan2 nuklear..

Jepun: Negara aku lebih hebat..cube gali tanah sedalam 5km...(maka berlaku penggalian, mereka terjumpa robot2 dan tulang2 raksasa) Ini menunjukkan negara kami mmg wujud otomen dan robot2 yg menentang raksasa..!

Malaysia: Korang cube gali tanah sedalam yg mungkin...(maka mereka menggali..menggali dan terus menggali...) Ada korang jumpa ape2 wayar x?

Jepun&Amerika: Xde pun...

Malaysia: Ini menunjukkan negara aku da lama guna wayarless...

hehehehe~~

Lembu yang KEBAL..

Seorang pegawai datang melawat ke perkampungan org asli di pendalaman. Beliau ternampak seekor lembu yang agak besar lalu meminta izin daripada salah seorang penduduk di situ untuk menyembelih lembu tersebut.

OA: Tak boleh tuan..lembu ni garang tuan!
Peg: Kita tangkap dan tambatla lembu ni..
OA: Lembu ni kuat tuan... pernah 10 orang cuba tangkap tapi tak berjaya tuan!
Peg: Cubalah sumpit atau tembak dia..
OA: Tuan, kami pernah tembak lembu ni... 10kali sudah.. tak mati2 jugak tuan!
Peg: Wah..sungguh hebat! Lembu ni "bertuan" ke?
OA: Takde tuan...
Peg: Kebal sungguh lembu itu ye...
OA: Mana ada kebal lembu tu tuan...
Peg: Abis tu..da 10 kali tembak tak mati2....kebal la tu...
OA: Memang la 10 kali da tembak tuan...tapi tak kena...
Peg:  @#%^%$&^%*&^(&)

hehehe~